Sejak ribuan tahun, lintah telah banyak digunakan dalam bidang perubatan terutama dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah. Kandungan hirudin yang ada di dalam lintah adalah antikoagulan yang sangat berkesan menahan darah dari membeku manakala Histamin pada lintah pula dapat mengembangkan salur darah.
Biasanya lintah yang diternak untuk pasaran komersial adalah lintah dari jenis lintah perut hijau dan lintah perut perang. Dari segi potensi pasaran pula, harga lintah dewasa boleh mencecah antara RM40 hingga RM80 sekilogram mengikut saiz manakala harga benih lintah pula boleh mencecah sehingga RM300 sekilogram. Faktor-faktor inilah yang mendorong ramai pengusaha menceburi bidang ini selain mendapat permintaan yang tinggi untuk ramuan kosmetik dan perubatan.
Jenis lintah yang diternak adalah lintah hijau dan coklat, akan tetapi lintah hijau lebih gemar diternak oleh pengusaha-pengusaha ini kerana faktor kualitinya yang lebih bermutu berbanding yang coklat. Tempoh matang lintah ialah dalam masa 6 bulan sekiranya dibela dari kecil. Risiko lintah untuk mati dan penyakit memang amat kurang melainkan kawalan air yang tidak memuaskan, air masin dan jentik-jentik.
Diketahui bahawa lintah Malaysia bukannya spesis Hirudo medicinalis tetapi Hirudinaria manillensis (kedua-duanya dari kumpulan Hirudin). Tapi keduanya untuk “medicinal purpose” juga. Bezanya Hirudo medicinalis ni terdapat di Eropah, saiz kecil dan semakin pupus. Hirudinaria manillensis ni atau Buffalo leech (Lintah Kerbau) yang jenis suka melekat pada kerbau.
-http://www.man5171.com/lintah/
Cerpen Lelaki Lintah
11 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan