KURSUS TERNAKAN LINTAH

Kami menawarkan kursus ternakan lintah dari RM 250.00 di PROJEK TERNAK LINTAH PANDAN yang bertempat di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru. Peserta yang dah tamat kursus akan diberi sijil dan mendapat manfaat lain seperti nasihat, bimbingan pemasaran lintah, seliaan tapak projek, serta layanan yang mesra dan mudah dihubungi.
Tempahlah tempat anda sekarang;


Peluang penternakan lintah

Segera menghubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan penternakan lintah secara komersial


Rabu, 18 Mac 2009

INFO LINTAH

Mungkin anda telah pun sedia maklum, penggunaan lintah dalam rawatan perubatan adalah salah satu sejarah perubatan paling lama telah direkodkan. Penggunaannya boleh di dokumenkan sehingga zaman keunggulan pemerintahan Mesir dan cara penggunaannya adalah secara aplikasi perubatan yang standard sehinggalah pertengahan tahun 1800 apabila ahli terapi mengambil alih tugas mereka.

Beberapa dekad yang lalu, penggunaan lintah perubatan sekali lagi menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden. Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam venus setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan penjanaan semula.

BIOLOGI LINTAH

Dalam dunia, didapati 650 spesis lintah yang telah wujud dikawasan paya, kolam, laut dan kawasan berair. Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina(Hermapodit). Walaupun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu mengawan dengan lintah lain untuk membiak. Kebanyakkan lintah memiliki penghisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah ketika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.

Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk makan. Air liur mereka mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat. Faktor penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang mengikat sel bersama dan ia juga menunjukkan sebagai bahan antibiotik yang berkesan. Lintah itu juga mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila. Bakteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menhasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan.

Kajian perubatan terus menemui bahan-bahan kimia yang menarik dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetik digunakan untuk
menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.

FAKTA LINTAH

Terdapat 650 spesis lintah.Hanya 15 spesis sahaja yang dikenalpasti sesuai digunakan untuk perubatan, antaranya dari spesis HIRUDO MEDICINALIS.
Lintah berbentuk seperti cacing, bersegmen, pipih dan bulat, badannya mempunyai 34 gelang (segmen).Saiz lintah berukuran 60mm - 90mm.
Kira-kira 1/5 dari spesis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan.Lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia.Telur lintah berada di dalam kokun yang dilekatkan di bawah batu atau tumbuhan air.
Lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya di atas perut sendiri kadangkala mencapai sebanyak 300 ekor.Tidak semua lintah adalah penghisap darah,kebanyakannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya.Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius.Lintah Hurido menyuntik anti pembekuan serum(hirudin) ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah.Lintah akan mengembang sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri.Lintah akan mengembang sehingga 5 kali berat badannya.Lintah pertama yang digunakan dalam perubatan kira-kira pada 1000 sebelum masihi, kemungkinan ketika India purba.Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam.

Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gautSistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusiaSaudara terdekat lintah adalah cacing tanah.Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang tebal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan