KURSUS TERNAKAN LINTAH

Kami menawarkan kursus ternakan lintah dari RM 250.00 di PROJEK TERNAK LINTAH PANDAN yang bertempat di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru. Peserta yang dah tamat kursus akan diberi sijil dan mendapat manfaat lain seperti nasihat, bimbingan pemasaran lintah, seliaan tapak projek, serta layanan yang mesra dan mudah dihubungi.
Tempahlah tempat anda sekarang;


Peluang penternakan lintah

Segera menghubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan penternakan lintah secara komersial


Rabu, 18 Mac 2009

MAKLUMAT LINTAH

Mungkin anda telah pun sedia maklum, penggunaan lintah dalam rawatan perubatan adalah salah satu sejarah perbatan paling lama telah direkodkan. Penggunaannya boleh di dokumenkan sehingga zaman keunggulan pemerintahan Mesir dan cara penggunaannya adalah secara aplikasi perubatan yang standard sehinggalah pertengahan tahun 1800 apabila ahli terapi mengambil alih tugas mereka.

Beberapa dekat yang lalu, penggunaan lintah perubatan sekali lagi menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden. Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam venus setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan penjanaan semula.

Biologi Lintah

Dalam dunia, didapati 650 spesis lintah yang telah wujud dikawasan paya, kolam, laut dan kawasan berair. Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu megawan dengan lintah lain untuk membiak. Kebanyakkan lintah memiliki penghisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah ketika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.

Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk makan. Air liur mereka mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat. Factor penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang mengikat sel bersama dan ia juga menunjukkan sebagai bahan antibiotic yang berkesan. Lintah itu juga mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila. Bacteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menhasilkan bahan antibiotic untuk membunuh bacteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan.

Kajian perubatan terus menemui bahan-bahan kimia yang menarik dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetic digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.

Fakta Lintah

  1. terdapat 650 spesis lintah
  2. lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
  3. kira-kira 1/5 dari sepsis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan
  4. lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
  5. lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya diatas perut sendiri. Kadangkala mencapai sebanyak 300 ekor
  6. tidak semua lintah adalah penghisap darah.kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
  7. Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
  8. Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius
  9. Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah
  10. Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri
  11. Lintah akan memgembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya
  12. Lintah pertama yang digunakan dalam perubatankira-kira pada 1000 sebelum masihi. Kemungkinan ketika India purba
  13. Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam
  14. Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
  15. Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
  16. Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah
  17. Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang tebal
-http://jual-lintah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=12&Itemid=26

Tiada ulasan:

Catat Ulasan